Pages

Subscribe:

Labels

Monday 21 November 2011

langkah mengatasi gejala sosial

Jabatan perangkaan negara Malaysia menganggarkan kadar jenayah akan terus meningkat dan pada tahun 2020 jumlah kes jenayah adalah sebanyak 73 peratus. Oleh itu adalah penting untuk kerajaan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.
“Criminologists consider prevention in two senses. The first concerns the ability of criminal law enforcement to make citizens law-abiding by deterring potential offenders and preventing further lawbreaking by apprehending criminals. The second refers to the efforts to correct fundamental social conditions and personal maladjustments which are assumed to be the “seed bed” of crime.”
                                                           
             (By Celia V. Sanidad-Leones)
                                                                               
Celia V. Sanidad-Leones melalui jurnalnya bertajuk the current situation of crime associated with urbanization: problems experienced and countermeasures initiated in the Philippines  menyatakan terdapat dua cara utama dalam membasmi masalah jenayah. Langkah yang pertama adalah melihat semula keberkesanan undang-undang yang telah dibuat. Maksudnya disini, pihak berwajib perlulah membuat kajian semula ketidakberkesanan undang-undang yang telah digubal sehingga masih berlaku masalah jenayah meskipun undang-undang untuk menanganinya telah digubal. Seterusnya, membasmi masalah ini daripada akar umbi. Ertinya, masalah sosial seperti kemiskinan, pengangguran, setinggan dan sebagainya perlu diberi tumpuan sepenuhnya. Apabila masalah-masalah yang menjadi akar kepada masalah jenayah ini tiada maka tidak wujud lagi kehendak mendesak sehingga jenayah boleh berlaku.
Dalam menyelesaikan masalah gejala sosial pula, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan baik. Sesetengah ibu bapa tidak sedar mereka tidak memberikan tumpuan kepada anak-anak mereka dan sebilangan lagi menjadikan kesibukan dalam mengejar kemewahan sebagai alasan mereka jarang berada di rumah untuk aktiviti bersama keluarga. Perkara sebegini perlu diubah. Ibu bapa perlulah lebih menumpukan perhatian kepada anak-anak mereka agar mereka tidak berasa tersisih dan tertekan dengan pelbagai masalah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...