Pages

Subscribe:

Labels

Monday 21 November 2011

kesesakan lalu lintas dan kemalangan

Semua bandar di Malaysia sedang mengalami pembangunan yang pesat terutamanya dari segi ekonomi, pergerakan barangan import eksport serta jaringan pengangkutan yang bertambah kompleks. Tumpuan pembangunan yang tidak terkawal mengakibatkan berlaku pelbagai permasalah dan isu pengangkutan di kebanyakan  bandar utama.
            Contohnya, di bandar Johor Bharu. Setiap kali waktu kemuncak pastinya keadaan lalu lintas mengalami kesesakan yang teruk. Penduduk berpusu-pusu keluar daripada rumah untuk pergi ke tempat kerja mahupun menghantar anak ke sekolah. Pada sebelah petang pula kesesakan berlaku ketika waktu habis bekerja kerana semua penduduk bandar habis kerja pada waktu yang sama. Kesesakan lalu lintas yang berlaku meningkatkan lagi potensi kemalangan berlaku. Pencemaran bunyi dan udara juga berlaku dengan teruk kerana kesesakan jalan raya kebiasaannya mengambil masa berjam-jam.
            Selain daripada itu, jalan raya yang kecil juga merupakan faktor berlakunya kesesakan lalu lintas. Jalan raya yang kecil dan sempit mengakibatkan hanya sedikit jumlah kenderaan yang boleh melalui sesuatu jalan pada satu masa. Keadaan lampu isyarat trafik di dalam bandar juga memainkan peranan penting. Pihak berwajib perlulah memastikan keadaan lampu isyarat trafik berada dalam keadaan berfungsi. Kegagalan lampu tersebut untuk berfungsi menambahkan lagi risiko berlaku kemalangan terutamanya ketika berlaku kesesakan lalu lintas.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...