Pages

Subscribe:

Labels

Monday 21 November 2011

gejala sosial

“Pelakuan jenayah di kebanyakan bandar-bandar di dunia mengalami peningkatan selari dengan kepesatan pertumbuhan bandar dan memberi kesan negatif kepada kualiti hidup penduduk bandar. Banyak faktor menyumbang kepada berlakunya perkara ini. Masalah ini semakin menjadi rumit dengan meningkatnya golongan penagih dadah, kurangnya kesedaran masyarakat mengenai jenayah, masalah kemiskinan penduduk dan kurang berkesannya langkah penguatkuasaan oleh pihak berkuasa. Kertas kerja ini akan membincangkan isu jenayah dan perbandaran secara terperinci dalam konteks trend dan persepsi penduduk bandar ke atas pelakuan jenayah dan kaitannya dengan kepesatan perbandaran.”
                                                               (Nor-Ina Kanyo dan Norizan Hj Md Nor)
Sedasawarsa ini kita sering mendengar pelbagai masalah berikutan kes jenayah terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Didapati bahawa jenayah banyak berlaku di bandar berbanding kawasan luar bandar atau boleh juga dikatakan bilangan jenayah adalah konsisten dengan proses perbandaran. Tekanan hidup akibat kemiskinan merupakan punca utama berlakunya kes-kes jenayah di bandar.
Daerah Timur Laut Pulau Pinang mencatatkan kes jenayah tertinggi di Pulau Pinang dalam tempoh 1990-2003 iaitu sebanyak 51.3 peratus . jenayah harta merupakan kes paling tinggi iaitu sebanyak 88.4 peratus berbanding jenayah kekerasan iaitu sebanyak 11.6 peratus. Jenayah harta benda adalah jenayah berupa pecah rumah, kecurian dan rompakan manakala jenayah kekerasan meliputi kes rogol, bunuh dan samun bersenjata api. Walau bagaimanapun, trend ini menunjukkan penurunan dan penigkatan. Satu kajian telah dijalankan untuk mencari hubung kait antara pelakuan jenayah dan perbandaran di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Antara sebab-sebab yang dinyatakan adalah pengangguran, peningkatan sara hidup, perbandaran, hubungan kekeluargaan dan kejiranan yang renggang, status pendidikan yang rendah, kemiskinan dan pendapatan yang rendah. Terdapat juga faktor-faktor lain seperti jurang perbezaan kekayaan di bandar, penghayatan terhadap agama yang kurang, ketidakberkesanan penguatkuasaan hukum serta kurangnya kesedaran penduduk mengenai teknik-teknik pencegahan jenayah.
            Selain daripada kes jenayah, gejala sosial juga mula berleluasa.di kawasan bandar. Proses pembangunan telah membuatkan ramai orang berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan. Hal ini telah mengakibatkan remaja kurang mendapat perhatian daripada keluarga terutamanya ibu bapa mereka. Akibat kurangnya didikan di rumah remaja sering memberontak dan mudah terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat. Disamping itu, kesempitan hidup dan pengaruh media juga merupakan salah faktor berlakunya gejala sosial. Antara gejala sosial yang sedang meruncing pada masa kini adalah kes pembuangan anak. Jika kita kaji terdapat pelbagai faktor berlakunya kes ini dan salah satunya termasuklah kes penzinaan akibat pergaulan bebas remaja.
Remaja lelaki pula sering terlibat dengan perlumbaan haram yang nyata tidak mendatangkan manfaat kepada remaja. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motorsikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.  Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal di jalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motorsikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat dan peningkatan ini amat membimbangkan. Ada diantara mereka menjadikan akiviti ini sebagai cara untuk melepaskan tekanan dalam hidup.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...