Pages

Subscribe:

Labels

Monday 21 November 2011

setinggan

Masalah penempatan setinggan sudah wujud lama di negara ini. Apatah lagi apabila Malaysia memasuki taraf negara yang sedang membangun. Setinggan menurut Akta Darurat boleh didefinisikan sebagai pondok, rumah, bangsal, gerai, tempat perteduhan, kurungan beratap atau apa-apa sambungan binaan yang bercantum kepada sesuatu bangunan lain atau binaan lain yang dibuat daripada apa jua bahan sebagai tempat binaan mengikut apa cara melainkan mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan di atas mana-mana tanah kerajaan, swasta atau sebagainya ataupun secara amnya.  Penerokaan atau pendudukan atau pembinaan bangunan di atas tanah hak pihak lain (kerajaan, rezab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian atau lain-lain secara haram atau tidak sah di sisi undang-undang.(Kanun Tanah Negara 1965). Isu setinggan berkait rapat dengan kemiskinan. Hal ini kerana setinggan berlaku ekoran kemiskinan yang dialami oleh penduduk bandar. Taraf kehidupan yang rendah mengakibatkan mereka tidak mampu memiliki penempatan yang sempurna.
“kadar pertumbuhan kawasan bandar meningkat dengan begitu drastik. Di Malaysia, menjelang tahun 2000, 60% penduduk akan bertumpu di kawasan bandar dan peratusan ini akan meningkat kepada 80% menjelang tahun 2010 (Jabatan Perangkaan Malaysia,2004). Setinggan merupakan fenomena biasa yang wujud di Bandar-bandar utama di seluruh dunia khususnya negara-negara sedang membangun. Ia sering dikaitkan dengan ketidakupayaan sektor perumahan untuk bertindakbalas kepada keperluan golongan penghijrah luar bandar yang kebanyakannya tergolong dari golongan yang kurang pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kemahiran. Stok perumahan yang ada tidak mampu untuk dibeli atau disewa oleh golongan berpendapatan rendah yang menghuni di bandar.”
                                                             (Mohamed bin Ismail, 2005)
Masalah perumahan memang nyata dialami oleh penduduk di kebanyakkan bandar. Terutamanya bagi penduduk berpendapatan rendah. Kebanyakan daripada mereka tidak berkemampuan untuk memiliki sebuah rumah yang sempurna. Hal ini berikutan harga rumah yang tidak berpatutan dengan pendapatan mereka. Selain daripada itu, migrasi mereka secara serentak ke bandar tidak memberi peluang untuk kerajaan menyediakan jumlah rumah yang mencukupi untuk mereka.
Contoh tapak perumahan setinggan adalah di Kampung Medan, Selongor. Di kawasan ini terdapat banyak kampung penempatan setinggan seperti Kampung Medan Tengah, Kampung Medan Cahaya, Kampung Medan Luar, Kampung Medan Dato’ Harun dan Kampung Medan Lama. Kawasan petempatan setinggan ini telah wujud sejak tahun 1930 lagi. Kedudukannya yang berada ditengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Shah Alam antara tarikan untuk penduduk mewujudkan penempatan setinggan disini .

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...