Pages

Subscribe:

Labels

Monday 21 November 2011

langkah mengatasi setinggan

Bagi mengatasi masalah setinggan ini pelbagai langkah telah diambil pihak kerajaan  sejak dahulu lagi. Contohnya pihak kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan Program Setinggan Sifar 2005. melalui program ini pihak berkuasa tempatan dikehendaki untuk menjalankan bancian untuk menentukan jumlah sebenar penduduk setinggan. Mereka kemudiannya diberikan dua pilihan sama ada menerima wang pampasan atau berpindah ke rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan dengan harga yang murah dan mampu dimiliki. Dalam mengatasi masalah setinggan yang pernah berlaku di Taman Medan Jabatan Perancangan dan Pembangunan telah melakukan proses pembancian dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dilantik untuk membina 8 buah blok pangsapuri kos rendah yang mampu menempatkan 1512 buah keluarga. Selain daripada itu, Koperasi Huda juga turut diberikan kepercayaan untuk membina rumah-rumah kos rendah. Tapak perumah setinggan yang sedia ada digunakan untuk membina perumahan tersebut. Lantaran itu, penduduk setinggan perlu dipindahkan sementara ke rumah transit di Damansara dan Lembah Subang. Pamapasan sebanyak RM1000 diberikan dengan penolakan sebanyak RM124 atas tujuan pembayaran sewa rumah transit. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...