Pages

Subscribe:

Labels

  • tanah runtuh

    tanah runtuh mengakibatkan banjir kilat...

  • kesesakan lalulintas

    masalah kesesakan lalu lintas semakin meningkat di bandar-bandar besar. kebanyakan penduduk lebih gemar membawa kenderaan sendiri daripada menaiki pengakutan awam. hal ini mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk. tindakan segera perlu dibincangkan..

  • projek PPR (Projek Perumahan Rakyat)

    projek yahng dijalankan ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah setinggan yang sering terjadi di pinggir-pinggir bandar.

Monday 21 November 2011

mengatasi pencemaran

Pencemaran udara di kawasan perindustrian boleh di kurangkan dengan menguatkuasakan penggunaan penapis di corong asap kilang. Selain itu, penggunaan kloroflorokarbon (CFC) boleh digantikan dengan penggunaan hidrokloroflorokarbon (HCFC). Dengan penggunaan HCFC masalah penipisan lapisan ozon dapat dikurangkan. Masalah pencemaran air pula boleh diselesaikan dengan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan. Denda yang berat harus dijatuhkan bagi mereka yang didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Selain itu, pemantauan di kilang-kilang industri juga perlu dilakukan supaya sisa toksik tidak dibuang terus ke sungai. 

pencemaran


Kemajuan dan pembangunan negara telah meningkatkan proses perbandaran di Malaysia. Jumlah penduduk di sesebuah bandar yang padat telah mengakibatkan pencemaran sama ada secara sedar atau tidak. Pencemaran dibandar boleh dibahagikan kepada 3 iaitu pencemaran udara, air dan bunyi.
“Air pollution is a major health problem globally. Industrialization and ongoing development of large urban areas in many countries are posing increasing number of people to potential hazards of air pollution. There are reports of adverse effects of carbon monoxide, sulphur dioxide, nitrogen dioxide, ozone, and particulate matter with aerodynamic diameter less than 10 micrometer (PM10) on hospital admissions for cardiovascular and respiratory diseases as well as daily mortality. On the other hand, the effects of the ambient air pollution on general population causing minor complaints not resulting in medical consultations is not properly investigated particularly in developing countries.”
                                                                        (Masud Yunesian et all, 2006)
Pencemaran udara mengakibatkan banyak masalah penyakit terutamanya berkaitan pernafasan seperti asma dan berkaitan dengannya. Pencemaran ini terjadi akibat pembinaan banyak kawasan industri dan pembinaan banyak bangunan. Asap yang terhasil daripada kawasan industry mengakibatkan pencemaran udara begitu juga asap daripada kenderaan di jalan raya. Penambahan kepadatan penduduk di bandar bermakna bertambahnya jumlah kenderaan di jalan raya. Penggunaan penghawa dingin juga tanpa sedar mengakibatkan pencemaran udara.



Pencemaran air juga merupakan faktor kemudahterancaman bandar. air merupakan sumber penting untuk memasak, minum, membasuh dan sebagainya. Tanpa bekalan air kebanyakan aktiviti tidak dapat berjalan. Namun bagaimanapun, proses pemodenan telah mengakibatkan pemcemaran air terutamanya di kawasan sungai. Contohnya, pencemaran di Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah. Pembuangan sisa pepejal telah mengakibatkan kualiti air di sungai menjadi teruk. Banyak hidupan laut mati akibat keracunan. 

langkah mengatasi banjir kilat

Bagi mengatasi masalah banjir kilat ini, terdapat beberapa inisiatif yang boleh diambil oleh pihak berwajib. Banjir kilat kerap berlaku kerana undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkait dengan pengawalan banjir yang kurang efektif. Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sepatutnya diberikan hak dalam membuat keputusan berkaitan pembangunan sungai, tanah tepi sungai dan tanah dataran banjir. Jika sebelumya laporan yang dihantar oleh pihak JPS dianggap sebagai nasihat adalah lebih baik kiranya pendapat tersebut dijadikan peraturan supaya kes banjir kilat tidak bertambah teruk. Pihak Kerajaan Negeri seharusnya tidak memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan masalah yang akan timbul di kemudian hari. Kawasan setinggan pula seharusnya disediakan dengan sistem saliran yang sistematik bagi mengatasi masalah banjir kilat ini. Masalah hakisan tanah pula mungkin boleh diselesaikan dengan menanam tanaman tutup bumi. Tanaman tutup bumi membolehkan akar tanaman berkenaan menampung tanah daripada terhakis.

banjir kilat

Banjir kilat berlaku apabila saluran aliran air terganggu. Terdapat beberapa faktor mengakibatkan saluran ini terganggu termasuklah pembinaan tapak-tapak perindustrian dan perumahan di tempat laluan hujan. Penebangan kawasan hutan pula mengakibatkan akar pokok yang menjadi ejen penyerapan air hujan tidak dapat berfungsi. Lantaran itu, air yang bercampur tanah terus memasuki kawasan sungai. Tanah yang dibawa oleh air tersebut kemudiannya mengakibatkan terbentuknya pemendapan tanah di dalam sungai. Hasil daripada itu, air akan melimpahi keluar dariapda aliran sungai kerana sungai sudah semakin cetek. Selain daripada itu, penebangan kawasan hutan untuk dijadikan kawasan petempatan terutamanya dilereng bukit mengundang kepada masalah penghakisan tanah dan tanah runtuh. Sebagai contoh kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor. 
                                    
            Selain daripada itu, sistem saliran yang tidak berfungsi dengan baik juga boleh mengakibatkan banjir kilat. Longkang-longkang yang tidak diselenggara mengakibatkan longkang tersumbat dengan sampah sarap. Petempatan setinggan yang tidak mempunyai sistem saliran yang lengkap juga menjadi pendorong kepada berlakunya banjir kilat. Kebanyakan daripada petempatan ini hanya menggunakan longkang yang dibuat sendiri. Apabila hujan turun dengan lebat longkang tidak dapat menampung air yang banyak lantas mengakibatkan banjir.

Langkah mengatasi masalah kejiranan


Beberapa langkah boleh diambil untuk menangani masalah kejiranan yang semakin meruncing di bandar-bandar Malaysia. Meskipun pada dasarnya isu ini dilihat kurang penting tetapi isu kejiranan juga merupakan antara akar kepada masalah sosial yang lain seperti kes kecurian, rogol dan sebagainya.
            Mengambil contoh bandaraya Ipoh, pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Ipoh perlu mengambil langkah dengan menyusun aktiviti yang mampu memupuk semangat kejiranan di Ipoh. Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah aktiviti gotong royong, majlis rumah terbuka dan pertandingan antara taman. Dengan wujudnya aktiviti sebegini semangat kerjasama antara jiran dapat dipupuk. Pihak-pihak berwajib juga boleh mengadakan kempen mengenai kepentingan hidup berjiran dan cara untuk mengekalkan ikatan kejiranan meskipun penduduk jarang dapat meluangkan masa bersama jiran tetangga.

kejiranan

Kesibukan masyarakat bandar telah menghakis semangat kejiran yang utuh seperti di desa. Kebanyakan penduduk bandar keluar bekerja pada awal pagi dan pulang apabila matahari sudah terbenam. Maka tidak hairan jika terdapat segelintir masyarakat bandar tidak mengenali jiran mereka sendiri. Mereka lebih gemar memilih untuk memeluk tubuh daripada menjalinkan hubungan erat dengan jiran tetangga. Hal ini turut mendatangkan kesan terhadap masalah sosial dan penigkatan kes jenayah di kawasan kejiranan. Apabila penduduk tidak mengenali jiran mereka adalah sukar untuk mereka mengesyaki keadaan mencurigakan. Contoh mudah yang boleh diambil adalah melalui iklan komersial yang sering ditayangkan di televisyen, iklan tersebut cuba mengetengahkan senario kehidupan di bandar. sepasang suami isteri tidak menyedari bahawa rumah jiran mereka telah di pecah masuk meskipun mereka melihat kehadiran mereka-mereka yang tidak dikenali sedang mengangkat barang-barang jiran sebelah rumah ke dalam lori. Pasangan suami isteri tersebut menyangka bahawa jiran mereka ingin berpindah dan langsung tidak mengesyaki bahawa rumah jiran mereka telah di pecah masuk.  Kekurang prihatinan terhadap jiran dan kawasan sekitar kejiranan mengakibatkan banyak kes jenayah berlaku.  Isu ini juga turut diperkatakan oleh Katiman Rostam pada 1983 dalam bukunya bertajuk perbandaran dam masalahnya:

sunguhpun penduduk di bandar tinggal berhampiran di antara sama lain di tempat yang terdapat kesesakan penduduk dalam satu kawasan kecil, tetapi perhubungan di antara mereka sangatlah jauh, tidak seperti  keadaan di luar bandar…”


Bandar Ipoh boleh dijadikan sebagai contoh kerengangan hubungan kejiranan di kawasan bandar. mereka beranggapan bahawa aktiviti kejiranan hanya membuang masa dan tidak penting. Hal ini telah meningalkan kesan keatas kes jenayah di Ipoh yang meningkat daripada 20 peratus pada tahun 2000 kepada 22 peratus pada tahun 2002.

langkah mengatasi kesesakan lalu lintas dan kemudahan awam

Jumlah bas di bandar Ipoh perlu di tambah untuk memastikan penduduk tidak mengalami masalah pengangkutan. Selain daripada itu, bagi masalah jejantas pula, pihak berwajib perlulah mengkaji semula susun atur kemudahan di bandar Tanjong Malim. Seterusnya, kebersihan di kawasan sekitar bandar pula perlulah di ambil berat. Selain pihak majlis perbandaran atau majlis daerah individu juga memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan kemudahan awam dan bandar berada dalam keadaan baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...