Pages

Subscribe:

Labels

Monday 21 November 2011

langkah mengatasi banjir kilat

Bagi mengatasi masalah banjir kilat ini, terdapat beberapa inisiatif yang boleh diambil oleh pihak berwajib. Banjir kilat kerap berlaku kerana undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkait dengan pengawalan banjir yang kurang efektif. Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sepatutnya diberikan hak dalam membuat keputusan berkaitan pembangunan sungai, tanah tepi sungai dan tanah dataran banjir. Jika sebelumya laporan yang dihantar oleh pihak JPS dianggap sebagai nasihat adalah lebih baik kiranya pendapat tersebut dijadikan peraturan supaya kes banjir kilat tidak bertambah teruk. Pihak Kerajaan Negeri seharusnya tidak memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan masalah yang akan timbul di kemudian hari. Kawasan setinggan pula seharusnya disediakan dengan sistem saliran yang sistematik bagi mengatasi masalah banjir kilat ini. Masalah hakisan tanah pula mungkin boleh diselesaikan dengan menanam tanaman tutup bumi. Tanaman tutup bumi membolehkan akar tanaman berkenaan menampung tanah daripada terhakis.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...