Pages

Subscribe:

Labels

Monday 21 November 2011

kemiskinan bandar

Jika sebelumnya kita sering disajikan dengan khabar-khabar kemiskinan hidup masyarakat di luar bandar tetapi sebenarnya kemiskinan juga berlaku di kawasan bandar. Taraf kemiskinan di bandar adalah berbeza dengan luar bandar. Di luar bandar kemiskinan tegar berlaku apabila isi rumah memperoleh pendapatan kurang daripada RM666. Manakala di bandar isi rumah yang memperoleh pendapatan RM2000 sebulan dan memiliki aset kurang daripada RM50,000 dikategorikan sebagai miskin bandar. Kemiskinan dalam bandar merupakan perkara serius yang perlu diselesaikan bagi mencapai matlamat perbandaran itu sendiri. Perangkaan 2000 menyatakan kemiskinan di bandar adalah pada kadar 3.4 peratus. Negeri paling tinggi mencatatkan kemiskinan dalam bandar adalah Selangor, diikuti Kuala Lumpur dan Sabah.
Antara punca berlakunya kemiskinan dalam bandar adalah kos sara hidup di bandar yang tinggi, pendapatan yang kurang memberangsangkan berikutan pekerjaan informal yang dijalankan dan terdapat juga penduduk yang menganggur akibat berlakunya persaingan sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Pekerjaan informal adalah pekerjaan yang melibatkan bekerja secara sendiri seperti berniaga secara kecil-kecilan.  Pengangguran pula berlaku apabila berlakunya persaingan sesame rakyat Malaysia mahupun warga asing. Apabila negara mula membangun kebanyakan  penduduk luar bandar melakukan migrasi secara beramai-ramai. Kebanyakan daripada mereka kurang berpendidikan ataupun berada pada tahap pendidikan rendah. Jadi hampir keseluruhannya tidak dapat mendapatkan peluang pekerjaan yang bersesuai dengan kelulusan akademik mereka. Selain daripada itu, berlaku juga persaingan dengan warga asing.
 Menurut statistik yang dikeluarkan sehingga 31 Julai 2008 seramai 2.1juta warga asing bekerja di Malaysia dan dijangkakan jumlah ini akan terus meningkat. Kemiskinan sememangnya memberikan ancaman kepada bandar kerana kemiskinan itu sendiri merupakan faktor kepada permasalah-permasalah lain terutamanya dalam hal-hal berkaitan sosial.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...