Pages

Subscribe:

Labels

Monday 21 November 2011

Malaysia, bandar dan kemudahterancaman

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang mengalami proses pembangunan. Lantaran dari itu, banyak bandar-bandar wujud hasil kesan pembangunan tersebut.  Bandar-bandar wujud daripada proses pembandaran. Namun bagaimanapun, pada kebiasaannya, pihak berwajib hanya melihat kepada kesan positif jangka pendek sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan negatif yang wujud di kemudian hari. Terdapat pelbagai kemudahterancaman yang wujud pada masa kini yang mampu mengugat kesejahteraan sesebuah bandar.
 Bandar boleh didefinisikan sebagai satu kawasan penempatan yang memenuhi 3 ciri. Ciri-ciri tersebut ialah kepadatan penempatan adalah tinggi berbanding penempatan biasa, penduduknya pula tidak terikat dengan aktiviti pertanian mahupun aktiviti yang berada dalam sektor ekonomi pertama. Terakhir, lokasi penempatan mampu memberikan perkhidmatan sebagai sebuah pusat kebudayaan, pentadbiran dan ekonomi bagi wilayah tersebut. Pembandaran pula boleh didefinisikan sebagai Satu proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh  dianggap sebagai bandar. Pertambahan penduduk bandar kebiasaannya berlaku hasil perpindahan penduduk luar bandar ke bandar.( Kingsley davis ,1973). Pada dasarnya, proses pembandaran boleh dikatakan sebagai perkara berkaitan dengan perubahan pencapaian ciri hidup bandar, perpindahan pendudk ke bandar, perubahan kegiatan ekonomi daripada pertanian kepada kegiatan  bercorak industri, perubahan taburan penduduk bandar yang lebih padat, proses pertukaran pola perlakuan dan cara hidup masyarakat ke arah lebih moden.
Kemudahterancaman atau vulnerability pula merupakan satu tekanan laluan ke arah pencapaian pembangunan lestari, setiap usaha pembangunan terutamanya di negara yang sedang membangun mengalami pelbagai hambatan untuk melestarikan usaha tersebut. Secara keseluruhannya kemudahterancaman bandar bermaksud permasalahan yang timbul dalam mewujudkan sebuah bandar yang lestari, 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...