Pages

Subscribe:

Labels

Monday 21 November 2011

kebersihan dan kemudahan awam

Pertambahan penduduk di bandar bermakna bertambahnya keperluan kepada kemudahan asas yang lain. Pihak kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang besar bagi menampung keperluan asas penduduk bandar. antara kemudahan-kemudahan tersebut termasuklah kemudahan kesihatan, pengangutan, pelajaran dan sebagainya. Untuk menjaga kebajikan masyarakat hospital dan klinik baru dibina untuk menampung jumlah pesakit.
            Sebagai contoh, masalah perkhidmatan bas di bandar Ipoh. Perkhidmatan bas daripada bandar Ipoh ke Ampang Baru kadalah kurang. Hal ini menimbulkan masalah kepada penduduk untuk ke tempat kerja dan ke sekolah bagi pelajar. Kedudukan perhentian bas yang jauh daripada tempat kediaman juga mengakibatkan mereka terpaksa berjalan jauh. Penduduk perlu berjalan selama 5minit hingga 10minit untuk sampai ke tempat menunggu bas. Di samping itu, jumlah bas yang tidak mencukupi mengakibatkan jarak masa ketibaan bas adalah terlalu panjang.  Selain itu, kemudahan jejantas yang dibina di tanjong malim pula mampu mengancam nyawa penggunanya. Hal ini kerana kedudukan jejantas tersebut yang terletak berhampiran dengan kawasan round-bout.
            Isu kebersihan juga tidak seharusnya di pandang enteng. Contoh terdekat adalah kebersihan di kawasan pasar malam sekitar Tanjong Malim. Saban kali berlangsungnya pasar malam pasti kebersihan di kawasan tersebut amat teruk. Terdapat juga sesetengah penjual yang meletakkan barang jualan mereka di atas tanah dan pastinya tahap kebersihan barang jualan tersebut diragui. Selain itu, tahap kebersihan di Terminal Bas Tanjong Malim juga perlu diberikan perhatian. Terminal tidak diselenggarakan dengan baik. Sampah bersepah sepah dan keadaan amat kotor. Kemudahan surau di terminal berkenaan juga tidak dijaga dengan baik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...